Wednesday 31 August 2011

RiNdU NaK UpDaTe BLoG..

Assalamualaikum readers...mcm la de readers sgt..huhuhu..da lme saya x update blog ni..about 2 months jgk la x update..bkn pe saya x byar BB saya cmne la nk update..kalo on9 pn pkai hset je..rndu jgk nk update n nk mngarut2 dlm blog ni..saya ni bkn yg jnis pndai sgt nk tulis something yg blh share gn kwn2 kalo stakat nk mngarut 2 blh la..org lain share mcm2 kt blog n bg info yg berguna n menarik tp saya x reti sgt so,kalo 2 months x update pn mcm x pelik sgt la..hehehe..ari ni da msuk raya yg ke 3 kn..cpt je mse berlalu..sblum terlambat nk wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN..kalo saya de tulis pe2 yg x elok or wat sape2 trase sy mntk maaf ye..tp rse mcm x de kot..hehehe..emm,2 je la saya nk tulis..i have no idea la nk tulis pe..nti kalo idea byk saya update lg blog saya..:)



Wednesday 13 July 2011

WANITA ..AKALNYA SENIPIS RAMBUTNYA…

















Jangan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada di dalam syurga?
Dijadikan wanita daripada tulang
Rusuk lelaki itu sendiri tidak lurus
Rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan
Yang ditunjukkan oleh ALLAH s.w.t
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH S.W.T
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
Natijahnya mereka akan liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Akibatnya nanti mereka dengan ALLAH,zat yang kekal
Akal senipis rambutnya,lebatkan ia dengan iman
Hati separuh kaca utuhkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah semuanya kerana dari situ lah nanti
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan tuhan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa..
Ia bukan satu diskriminasi tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur
Bahkan mereka semakin bengkok
Itulah penyebab wanita tak kenal akan tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki akan huru –hara
Lelaki…
Jangan harapkan ketaatan semata-mata
Tetapi binalah kepimpinan diri
Pastikan ia terserlah sebelum memimpin wanita menuju ilahi
Pimpinlah diri kepadaNYA
Jinakkan diri kepada ALLAH
Pimpinanmu…
Usah mengharapkan isteri semulia
FATIMAH AZ ZAHRAH…
Andai kamu tidak sehebat
SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH…

Tuesday 12 July 2011

10 WASIAT RASULULLAH TERHADAP MUSLIMAH

Sepuluh wasiat yang baginda sampaikan merupakan mutiara termahal nilainya,apabila kemudiannya dimiliki oleh setiap isteri solehah.Wasiat tersebut ialah:

1. Ya Fatimah,kepada wanita yang membuat tepung untuk untuk suami dan anak-anaknya,Allah s.w.t  pasti akan menetapkan kebaikan darinya dari setiap biji gandum,melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fatimah,kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah s.w.t menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah,tiadalah seorang yang meminyak rambut anaknya,lalu menyisir dan mencuci pakaiannya,melainkan Allah s.w.t akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan member pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah,tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya melainkan Allah s.w.t akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat.

5. Ya Fatimah,yang utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.Andai kata suamimu tidak redha kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fatimah,kemarahan suami adalah kemurkaan Allah s.w.t.

6. Ya Fatimah,apabila wanita mengandung maka malaikat memohon ampun baginya,Allah s.w.t menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan.Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan,Allah s.w.t menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah.Jika dia melahirkan kandungannya,maka bersihlah dosa-dosanya seprti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya.Apabila meninggal ketika melahirkan,maka dia tidak membawa dosa sedikit pun.Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman syurga dan Allah s.w.t memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah,tidalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampun dosa-dosanya serta memakaikan pakaian pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan Allah s.w.t memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadat haji dan umrah.

8. Ya Fatimah,tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami,melainkan Allah s.w.t memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah,tiadalah wanita yang membentang alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati,melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalannya dan Allah mengampuni dosa yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fatimah,tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisir janggutnya dan memotong kumisnya dan kukunya,melainkan Allah s.w.t memberi minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatang dari sungai-sungai syurga.Allah s.w.t mempermudah sakaratul maut baginya dan kuburnya menjadi bahagian dari taman syurga dan Allah menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratul mustaqim.