Wednesday, 13 July 2011
WANITA ..AKALNYA SENIPIS RAMBUTNYA…
Jangan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada di dalam syurga?
Dijadikan wanita daripada tulang
Rusuk lelaki itu sendiri tidak lurus
Rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan
Yang ditunjukkan oleh ALLAH s.w.t
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH S.W.T
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
Natijahnya mereka akan liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Akibatnya nanti mereka dengan ALLAH,zat yang kekal
Akal senipis rambutnya,lebatkan ia dengan iman
Hati separuh kaca utuhkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah semuanya kerana dari situ lah nanti
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan tuhan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa..
Ia bukan satu diskriminasi tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur
Bahkan mereka semakin bengkok
Itulah penyebab wanita tak kenal akan tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki akan huru –hara
Lelaki…
Jangan harapkan ketaatan semata-mata
Tetapi binalah kepimpinan diri
Pastikan ia terserlah sebelum memimpin wanita menuju ilahi
Pimpinlah diri kepadaNYA
Jinakkan diri kepada ALLAH
Pimpinanmu…
Usah mengharapkan isteri semulia
FATIMAH AZ ZAHRAH…
Andai kamu tidak sehebat
SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment